
PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi menasihatkan semua pihak yang terlibat dengan pertikaian mengenai pengendalian Menara Kuala Lumpur agar tidak mengeluarkan kenyataan atau tindakan yang boleh ganggu proses perundangan yang sedang berjalan.
Nasihat ini menjelang sidang akhbar malam ini oleh syarikat yang dilantik mengendalikan Menara KL pada 2022, iaitu Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan syarikat induknya, Hydroshoppe Sdn Bhd.
Kementerian berkata ia sedang meneliti perkembangan terkini susulan isu pengambilalihan konsesi Menara KL, dan mengambil maklum akan writ saman dan permohonan injunksi yang difailkan oleh MKLSB lanjutan daripada pelantikan syarikat konsesi baharu.
“Oleh itu, pihak Kerajaan melalui kementerian ini akan memastikan bahawa apa-apa tindakan yang akan diambil kelak adalah selaras dengan proses…