Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isu Mesra Dalam Kolam Dikritik, Fasha Sandha Hanya Jalankan Tugas

today15 September 2023

Background

Hari ini hangat dibualkan soal pasangan selebriti Fasha Sandha dan suaminya iaitu Aidil Aziz dek kerana sebuah video mesra di dalam kolam sehingga mendapat kritikan hebat daripada warganet.

Terkini, Fasha dalam satu tulisan di Instagram (IG) tampil memberi penjelasan terhadap perkongsian video panas yang dibuatnya itu.

Menurut Fasha, dia berbuat demikan atas tuntutan kerja dan komitmen malah berterima kasih kepada yang memuji serta mengeji.

“Kalian yang memuji terima kasih. Kalian yang mengeji pun terima kasih.

“Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan boss, saya masih kuli. Saya hanya menjalankan tugas & komitmen .

“Saya mintak maaf kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami saya. Pejam celik dah 6 tahun kami bersama, syukur. Apapun..

“Ya, perkahwinan ni adalah pinjaman daripada yang Esa kita pun taktahu berapa lama pinjaman ni, cuma kita mendoakan agar pinjaman ini berkekalan ke akhir hayat,” tulis Fasha.

Dalam pada itu, Fasha menyifatkan setiap teguran, kecaman dan pujian adalah tanda orang masih sayang dan ambil tahu.

“Doakan yang baik-baik semoga yang baik-baik juga jadi pada kalian

“I love you. Lovers or haters, i still love you! Orang tegur, kecam, puji bermakna orang masih ambil tahu dan sayang.

“Dalam dunia ni perlu ada orang tegur dan kecam juga, untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik, Insyaallah,” tutup Fasha.

ARTIKEL BERKAITAN:Β Sweetnya! Fasha Sandha & Aidil Aziz Kongsi Aksi Mesra Dalam Kolam – β€œMy Forever Love”

ARTIKEL BERKAITAN:Β Aksi Mesra Fasha Sandha & Aidil Aziz Jadi Perhatian, Netizen Luah Rasa Kurang Senang! – β€œSeram Lah Content Macam Ni”

Written by: Aqilah


Previous post