
PETALING JAYA: Isu seperti percanggahan maklumat peribadi pada MyKad berisiko menyebabkan rakyat terlepas daripada menerima bantuan disasarkan, kata pakar keselamatan siber.
Pengesahan identiti serta merta menerusi data biometrik telah berjaya meningkatkan keupayaan kerajaan dengan ketara untuk memastikan bahawa hanya penerima berhak boleh mengakses perkhidmatan awam atau menerima subsidi.
MyKad digunakan bagi menebus inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kepada pengguna layak dan kerajaan pada tahun lepas mengumumkan projek perintis selama 20 bulan melibatkan penggunan kad pintar itu serta e-dompet bagi menyediakan subsidi bahan api RON95 bersasar.
Pakar keselamatan siber SL Rajesh menyatakan MyKad sering digunakan bersama dengan pangkalan data kerajaan membenarkan pihak berkuasa menyemak semula identiti dan kelayakan…