Anwar Ibrahim berkata, kejatuhan nilai mata wang ringgit dipengaruhi oleh kadar faedah negara yang terlalu rendah.

NILAI: Kerajaan akan berunding untuk mencapai keseimbangan supaya kadar faedah negara tidak menyebabkan pelabur asing membawa keluar wang dalam usaha mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kejatuhan nilai mata wang ringgit dipengaruhi oleh kadar faedah negara yang terlalu rendah, dan jika kerajaan menaikkannya terlalu tinggi, ia akan membebankan syarikat-syarikat kecil dan sederhana.
“Kalau saya ada RM1 juta, saya hendak masuk ke bank. Saya ada pilihan antara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Singapura dan Indonesia ada kadar faedah tinggi.
“Jadi saya pilih simpan untuk di luar (Indonesia dan Singapura). Itu masalah kita sekarang,” katanya pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di…