Pelakon veteran, Kismah Johar tidak menafikan terdapat banyak pakej-pakej Umrah dimana modus operandi mereka menggunakan selebriti sebagai muka hadapan.
Bimbang sekiranya terpalit dengan isu penipuan, Kismah yang kini salah seorang duta syarikat Umrah Haji Mabrur Sdn Bhd menjelaskan pihaknya ada membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menerima tawaran tersebut.
“Saya ada membuat sedikit penyelidikan sebelum menerima tawaran sebagai duta kerana risau takut nanti saya yang disalahkan sekiranya terbabit isu ‘scammer’.
“Sebelum menandatangani kontrak duta itu, saya akan pastikan ada perjanjian bertulis hitam dan putih terlebih dahulu,” katanya.
Kismah berkata demikian ketika ditemui di Majlis Kolaborasi Menandatangi Perjanjian Duta-Duta Selebriti Bersama Syarikat Haji Mabrur, baru-baru ini.
Pertama kali dilantik sebagai duta kepada syarikat tersebut, Kismah meluahkan rasa syukur dan gembira atas rezeki yang dikurniakan Illahi.
Kismah menyifatkan pengorbanan menolak tawaran kerja dalam bidang lakonan akhirnya membuahkan hasil yang akan tersemat indah dalam ingatan selamanya.
“Alhamdulillah, syukur saya gembira. Ini adalah pemberian daripada Allah SWT. Setelah 10 tahun menjalankan tanggungjawab sebagai pengerusi Yayasan Artis Veteran Malaysia.
“Saya berkorban tak ambil tawaran berlakon drama berpuluh episode, bayaran mahal semua saya tolak.. Demi tanggunagjawab kepada persatuan dan beri kebajikan,” katanya.
Sekadar info, Kismah dan 13 selebriti lain terbabit sebagai duta pakej Umrah bersama syarikat Umrah Haji Mabrur Sdn Bhd.
Selain Kismah, antara selebriti lain yang turut menjadi duta pakej Umrah bersama Artis itu termasuklah Normah Damanhuri, Roy Azman, Khatijah Tan, Liza Abdullah. Sharipah Shahora, Hamidah Wahab dan ramai lagi.
