Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menghalang usaha Sri Pahang sekiranya pasukan itu mahu menjadikan dua pemain mereka iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero sebagai pemain naturalisasi.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam selepas isu mengenai Tuck dan Aguero menjadi perbincangan ramai pihak.
FAM hanya tidak menghalang usaha Sri Pahang FC untuk melengkapkan proses naturalisasi Lee Tuck mahu pun Sergio Aguero walaupun program naturalisasi sudah dibekukan sementara badan induk itu dan naturalisasi tidak perlu ada pertalian darah Malaysia seperti tiga pemain sebelum ini.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 7, 2022
Program pemain naturalisasi di peringkat pasukan kebangsaan sedang dihentikan sementara selepas pasukan negara gagal untuk melepasi peringkat kumpulan saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang berakhir pada awal Januari…
