Menurut Jais, isu ‘curi tulang’ bukan cakap kosong kerana perbuatan tersebut dikesan menerusi pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sering menerima aduan orang ramai mengenai sikap penjawat awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di tempat awam.
“Isu ini juga berkait rapat dengan soal integriti dan tatatertib.
“Kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.
Jelasnya lagi, kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja tersebut menjelaskan bahawa jika seseorang pegawai hendak meninggalkan pejabatnya di dalam waktu bekerja, kebenaran Pegawai Penyelia hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum berbuat demikian.
Mengulas lanjut beliau berkata, pihak JPA juga pernah melakukan pemantauan di sekitar premis perniagaan, pasar raya dan pusat beli-belah yang berhampiran pejabat…