
Adun Seri Kembangan, Wong Siew Ki, mempertahankan kenyataan berkait penternakan babi secara moden di Selangor.
Ahli politik DAP itu berkata kenyataan tersebut berdasarkan suara sebahagian rakyat di kawasannya, dan beliau bertanggungjawab membawanya ke sidang DUN.
“Ini tanggungjawab saya sebagai Adun, jadi apa-apa isu berkaitan rakyat, kita bawa ke sidang Dewan,” katanya lapor Sinar Harian.
Wong berkata sedia berdepan sebarang tindakan termasuk dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
“Saya sudah sampaikan dalam Dewan. Perkara lain bukan tanggungjawab saya dan tak mahu komen lanjut,” katanya.
Semalam, Wong pada sidang DUN mencadangkan kerajaan negeri dan pelabur mempertimbangkan penerokaan sistem penternakan babi yang tertutup dan moden, termasuk konsep ‘zero discharge’ serta teknologi kitar semula…