Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) meluahkan rasa simpati terhadap pelakon dan pelawak, Joey Daud selepas mengakui kecewa dengan industri seni masa kini lebih mementingkan jumlah pengikut berbanding bakat seseorang selebriti.
Menerusi ruangan komen di portal XTRA, DSV berkata Joey seorang selebriti yang berbakat serta berharap agar dia tidak lupa kejayaannya yang pernah bergelar juara.
“Kakak kesian kat Joey, ada bakat… Jangan sampai lupa Joey pernah juara,” tulisnya.
Sebelum ini, Joey berpendapat bahawa industri hiburan pada masa kini tidak wajar berpandukan media sosial yang mudah dimanipulasi serta tidak menjaminkan bakat setiap anak seni.
Sementara itu, Joey yang bertanding dalam program nyanyian Famili Duo 4 bersama pasangan duo, Naqiu berjaya ke separuh akhir selepas pertama kali merebut gelaran Duo Terbaik di minggu keenam yang bertemakan retro.
Mendapat markah ‘perfect 10’ daripada kedua-dua juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor dan Mas Idayu, pasangan duo Naqiu dan Joey membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.
Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store
Artikel Berkaitan: Joey Daud Kecewa Segelintir Produksi Utamakan Jumlah Pengikut Di Media Sosial Berbanding Bakat – “Orang Dah Tak Mahu Kita…”