Hot FM

Isu permit tapak khemah luar bidang kuasa kami, kata Jabatan Pertanian



Tujuh mangsa masih hilang selepas kejadian tanah runtuh berhampiran Batang Kali itu.

PETALING JAYA: Jabatan Pertanian (DOA) tidak pernah memberi ulasan atau berbincang mengenai permit tapak perkhemahan dengan pengusaha Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor, yang dilanda tanah runtuh pada Jumaat lepas.

Jabatan itu berkata ini kerana perkara itu di luar bidang kuasanya, menurut laporan Bernama.

Jabatan itu menegaskan peranannya hanyalah memberi khidmat nasihat berkaitan proses dan kaedah untuk mendapatkan pensijilan Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) serta lawatan berkaitan proses pensijilan tersebut di Father’s Organic Farm.

“DOA tidak mempunyai autoriti untuk memberi permit, lesen atau khidmat nasihat kepada mana-mana pengusaha yang menyediakan tapak perkhemahan,” menurut kenyataannya.

Jabatan itu merujuk laporan disiarkan portal berita Mkini dan The Vibes semalam bahawa Father’s Organic Farm tidak dapat memohon lesen tapak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version