
PETALING JAYA: Dua pakar bedah kanan dan ahli akademik dari Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) bertemu dengan pegawai kanan kerajaan minggu lalu untuk menjelaskan mengenai pakar bedah kardiotoraks daripada program laluan selari.
Naib Presiden RCSEd Dr Tim Graham dan Dr Michael Lewis, pengerusi jawatankuasa bersama bagi peperiksaan antara kolej, menyertai mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (kewangan) Norazman Ayob.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (perubatan) Dr Nor Azimi Yunus dan Ketua Pakar Bedah Kardiotoraks kementerian Dr Basheer Ahamed Kareem, yang merupakan presiden Persatuan Pembedahan Toraks dan Kardiovaskular Malaysia.
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pengarah Dr Radzi Abu Hassan tidak dapat menyertai mesyuarat itu kerana mereka berada di luar negara mengetuai…