Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Isu Promosi Iklan Ubat Di Media Sosial, Dr Rafidah Tampil Tegur Selebriti & Agamawan

today10 May 2022

Background


Lebih menimbulkan amarah Dr Rafidah apabila kenyataan Mawi yang mengakui ada ahli keluarganya telah merasai perubahahan selepas meminum jus berkenaan adalah tidak benar dan salah di sisi undang-undang.

β€œSalam Mawi, kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya? Perbuatan ini sudah salah dari segi Akta Iklan dan Ubat 1956.

β€œTak payah nak cerita tentang kenyataan yang menipu dan menunggang agama!” tegasnya.

Dalam ciapan yang sama, Dr Rafidah turut mempertikaikan dan menganggap golongan selebriti tidak beretika kerana difahamkan sanggup menerima rezeki yang boleh memudaratkan orang lain.

β€œAdakah semua artis atau selebriti tidak beretika? Bukan dah ada panduan yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sediakan untuk selebriti.

β€œSilalah baca betul-betul. Cukup-cukup menipu orang tua, cukup-cukuplah,” tulisnya.

Sementara itu, Dr Rafidah turut membidas seorang pendakwah yang mempromosi produk kesihatan yang didakwa boleh menyembuhkan tiga penyakit.

β€œLihat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post