
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata pengguna perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch ‘n Go atau Smart Tag.
Beliau berkata tidak mahu ada tekanan diberikan kepada pengguna jalan raya.
“Berikan mereka kebebasan memilih. Serah kepada pengguna untuk buat pilihan. Kalau mereka ada RFID, nak mudahkan perjalanan, mereka boleh tukar,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi.
Tambahnya, pilihan perlu diberikan seperti memperkenalkan penggunaan Touch ‘n Go sebelum ini.
“Waktu Touch ‘n Go diperkenalkan untuk bayaran tol, apabila Touch ‘n Go dan Smart Tag diperkenalkan, peringkat awal diperkenalkan nak guna tunai atau nak guna Touch ‘n Go,” katanya.
Pada Isnin, Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof memberitahu, Touch…