
PETALING JAYA: Isu berhubung kenyataan Sanusi Md Nor yang dianggap menghina institusi diraja apabila memperlekeh pelantikan menteri besar “masih belum selesai”, walaupun pemimpin PAS itu sudah memohon ampun, titah Sultan Selangor.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian selepas pertemuan berasingan dengana Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.
“Pertemuan secara berasingan ini membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi diraja Selangor.
“Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai,” menurut kenyataan Istana Selangor di Facebook.
Terdahulu, Sanusi yang juga ketua pengarah pilihan raya…