
Media sosial baru-baru ini kecoh apabila tular satu tangkapan layar yang memaparkan sebuah jenama minuman beralkohol dinamakan sebagai Official Beer Partner bagi penganjuran HYROX Kuala Lumpur 2026.
Pengumuman tersebut pantas menarik perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi daripada komuniti sukan serta orang awam, memandangkan acara kecergasan berkenaan dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 13 Disember 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition…
