Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isu tanah Kesedar, Annuar cadang kerajaan negeri beri terus kepada peneroka

today12 August 2024

Background


Annuar Musa turut mendakwa ada di antara tanah peneroka diuruskan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan masih belum dijelaskan bayaran premium. (Gambar Bernama)

GUA MUSANG: Annuar Musa mencadangkan supaya tanah selian Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) diberikan terus oleh kerajaan negeri kepada peneroka tanpa melalui agensi kerajaan pusat terbabit selepas didakwa gagal menyelesaikan isu pemilikan tanah sejak berpuluh tahun lalu.

Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) PRK Nenggiri itu membuat gesaan berkenaan jika pengurusan Kesedar masih tidak bersungguh menyelesaikan isu tanah kepada peneroka biarpun sudah diluluskan permohonan Hakmilik Sementara (QT) oleh kerajaan negeri.

“Kalau Kesedar terus bermain ‘silap mata’, saya cadangkan kepada kerajaan negeri supaya permohonan (tanah peneroka) dibuat terus kepada kerajaan negeri dan kita (kerajaan negeri) terus beri kepada rakyat (tanpa perlu diurus Kesedar), barulah selesai masalah ini,” katanya ketika berucap sempena…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post