Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Isu Tanah Runtuh, Datuk Yusof Haslam Belum Sedia Tinggalkan Banglo Enam Tingkat Miliknya

today16 October 2024

Background


Menurut laporan Sinar Harian, beliau tidak merancang untuk meninggalkan mahligai enam tingkat di Taman Melawati itu biarpun berlaku kejadian tanah runtuh kira-kira 400 meter dari kediamannya.

“Saya bukannya terlalu yakin tetapi saya serah kepada Allah SWT. Sejak menetap di sini 30 tahun lalu, saya tidak pernah berpindah sementara bila ada kejadian tanah runtuh.

“Lagipun ini bukan kejadian pertama yang berlaku berhampiran rumah saya dan saya sendiri mengambil langkah berjaga-jaga, tetapi kalau berlaku juga, itu kuasa Allah SWT,” katanya.

Menurut beliau, kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran rumahnya itu sudah boleh dijangka kerana sudah berlaku beberapa hakisan sebelum ini.

Justeru, beliau berharap pihak berwajib mengambil tindakan yang lebih serius bagi memastikan runtuhan sama tidak berulang.

“Saya sering juga melalui kawasan itu dan sebelum ini sudah nampak beberapa hakisan dan runtuhan kecil sejak beberapa bulan lepas.

“Memang nampak tanah ini akan runtuh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post