
PETALING JAYA: Masalah pengambilan tanah dan pengalihan utiliti menyumbang kelewatan sangat lama projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A Sabah, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan.
Beliau berkata, tindakan pemilik tanah enggan bekerjasama serta membawa isu berkenaan ke mahkamah menyebabkan projek LPB tertangguh sehingga mendapat tempoh lanjutan masa (EOT).
“Oleh itu, kita tidak mahu masalah ini berlaku dalam pelaksanaan LPB Sabah Fasa 1B yang mana kontraktor pelaksana baharu saja menerima Surat Setuju Terima (SST) dua hari lepas.
“Dalam hal pengambilan tanah, pengalihan utiliti boleh dicepatkan…sebagai contoh pengambilan tanah ada tempoh yang ditetapkan dalam seksyen yang tertentu,” katanya menurut Bernama ketika meninjau pelaksanaan projek LPB Sabah Pakej 8 di Jalan Sepanggar-Berungis, Kota Kinabalu.
Ahmad berkata, status…