Daripada jumlah tersebut, seorang individu di Sarawak didapati bersalah atas pertuduhan tersebut dan mengikut pecahan negeri satu kes direkodkan di Kelantan, Melaka (dua), Sarawak (empat), Perak (satu) serta Sabah (dua).
Mengulas lanjut, Ismail berkata, mana-mana individu yang memalsukan sijil suntikan vaksin, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
“Tindakan kompaun boleh dikenakan dengan serta-merta sekiranya mereka didapati bersalah bagi menjimatkan masa dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, siasatan lanjut boleh dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu sama ada di bawah Akta 342 atau Kanun Keseksaan,” katanya.