Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Isyariana Bakal Kolaborasi Dengan Komposer Indonesia

today15 January 2025

Background

Pelakon dan penyanyi, Isyariana mengaku sebelum dia mula mencipta nama dalam bidang lakonan dia juga aktif dalam karier nyanyian dan pernah mengeluarkan single pertamanya berjudul ‘Bisik Hati’.

Berkongsi mengenai lagu terbaharunya berjudul ‘Andai Tiada Dia’ yang juga menjadi lagu runut bunyi bagi sebuah drama popular yang ditayangkan di stesen televisyen berbayar baru-baru ini, Isyariana bagaimanapun teruja dan bersyukur dengan sambutan positif peminat terhadapnya.

Malah, ramai yang tidak menyangka pelakon drama rantaian Bukan Sekadar Lafaz itu berbakat dalam bidang tersebut.

“Memang orang ingat saya berlakon, tapi bila keluar lagu tu ramai yang tak sangka tapi bila saya perform live dengan mereka then baru mereka percaya.

“Walaupun pada asalnya saya menyanyi dan dekat televisyen saya berlakon, sebenarnya saya ada sahaja buat show  macam dinner dan sebagainya. Dan bila orang dengar lagu tu, sambutannya alhamdulillah semua orang happy dengar lagu tu.

“Sebenarnya sebelum ni saya dah ada keluar single ‘Bisik Hati’ tapi lagu tu biasa je. Maksudnya orang tak tahu. Dan bila lagu Andai Tiada Dia tu baru orang tahu saya menyanyi,” katanya.

Isyariana Che Azmi, 34, berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui usai sesi bergambar sempena drama Ramadan Raya yang bakal ditayangkan di TV3 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Isyariana juga memaklumkan, dia bakal bekerjasama dengan komposer Indonesia untuk lagu baharunya namun, perkara itu masih dalam perbincangan.

“Sebelum lagu Andai Tiada Dia, ada satu komposer ni daripada Indonesia yang offer saya lagu so sekarang ni masih lagi dalam perbincangan. Sebab saya abab lagu ni saya details sikit. So, Andai Tiada Dia memang kena dengan saya,” jelasnya.

Written by: Aqilah


Previous post