Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Itu Bukan Kecacatan Tapi Simbol Kekuatan” – Dr Say Ulas Isu Golongan Lelaki Jijik Dengan Stretch Mark Isteri

today3 July 2025

Background

“Untuk parut caesar, ini bukan parut biasa. Inilah luka untuk keluarkan anak bila cara biasa tak selamat untuk anak mahupun ibu”.

Demikian respons personaliti media sosial, Dr Say Shazril mengenai tanda atau kesan parut ‘ Stretch Mark’ dan kesan Caeser yang terdapat pada bahagian perut wanita.

Katanya menerusi hantaran di media sosial, tanda regangan (Stretch Mark) yang terjadi pada bahagian perut tersebut adalah disebabkan kesan melahirkan anak jika ibu tersebut menghadapi kesukaran ketika melahirkan anak mereka.

Tegasnya, itu bukanlah tanda yang patut dihina oleh golongan suami kerana ia bukanlah kecacatan sebaliknya simbol kepada kekuatan.

“Bila lelaki tiada ilmu tentang  stretch Mmark dan bekas caesar, mereka akan anggap itu semua menjijikkan.

“Stretch marks ini bukan terjadi pada wanita mengandung saja. Lelaki kalau perut besar mendadak dalam masa singkat, penangan makan minum yang melampau akan naik stretch marks juga.

“Untuk parut caesar, ini bukan parut biasa. Inilah luka untuk keluarkan anak bila cara biasa tak selamat untuk anak mahupun ibu.

“Stretch marks bukan kecacatan, bekas caesar bukan kekurangan. Itu lambang kekuatan,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Dalam pada itu, Dr Say juga menegur sekiranya golongan lelaki menghina dengan mengatakan kesan parut akibat pembedahan Caesarian atau tanda  Stretch Mark itu menjijikkan maka, lelaki tersebut tidak layak dan cukup matang untuk berkahwin atau menjadi seorang bapa.

“Anda tak cukup matang lagi untuk jadi suami apatah lagi jadi ayah,” ujarnya.

Written by: Salma