
PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob menafikan tuduhan beliau antara dua naib presiden Umno terbabit dalam usaha menjatuhkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menjelang perhimpunan agung parti itu minggu depan.
Ia susulan dakwaan seorang penulis blog yang tular media sosial bahawa dua naib presiden Umno mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin di London untuk menjatuhkan Zahid sebagai presiden Umno.
Menurut dakwaan itu, gerakan yang dinamakan “Langkah London” bertujuan menjatuhkan Zahid dalam usaha menggulingkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
Ismail menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang sengaja dicipta untuk memburukkan namanya sebagai pemimpin Umno.
Bekas perdana menteri itu menjelaskan beliau bercuti dengan keluarganya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 22 Dis hingga 3 Jan lalu, tarikh yang…