Site icon Hot FM

Itu fitnah, jawab Amar berhubung dakwaan jadi punca Nik Abduh tak tercalon


Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Nik Din Nik Mat yang menuduhnya menolak nama Nik Abduh Nik Aziz, tiada jawatan dalam parti.

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah menafikan tuduhan mengatakan beliau menjadi punca Nik Abduh Nik Abdul Aziz tidak menjadi calon kerusi DUN Chempaka pada PRN.

Amar menegaskan nama bekas Ahli Parlimen Bachok itu tidak tersenarai sejak awal lagi, sambil berkata Nik Din Nik Mat yang membuat dakwaan berkenaan tidak terbabit dalam mesyuarat selain tiada jawatan parti.

“Saya tidak tahu dari mana sumber beliau mendapat maklumat sedemikian termasuk menyentuh surat daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang,” katanya pada sidang media di Kelantan malam tadi menurut Berita Harian.

Amar yang juga calon DUN Panchor berkata isu berkenaan sepatutnya sudah jelas selepas Nik Abduh dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab perkara itu.

“Tuan Ibrahim sebelum ini sudah jawab Nik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version