Site icon Hot FM

Izara Aishah Pilih Naskhah Kekeluargaan

Pelakon jelita, Izara Aishah kembali membintangi sebuah drama dibawah arahan penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima selepas lima tahun tidak beraksi di kaca televisyen.

Ketika ditemui XTRA, Izara berkata dia menerima tawaran dalam drama tersebut kerana jalan cerita naskhah itu yang berbentuk kekeluargaan dan mengisahkan tentang realiti.

Selain itu, Izara turut meluahkan rasa syukur apabila Erma Fatima mengikut setiap permintaan yang telah ditetapkan olehnya.

“Sepanjang lima tahun itu ada tawaran cuma saya terpaksa menolak sebab kebanyakannya cerita cinta dan saya tak nak menyusahkan produksi.

“Sebelum dan selepas memakai tudung berbeza, dan sekarang saya lebih tegas sedikit. Kak Erma Fatima terima segala permintaan saya sebab itulah saya terima, selain saya dapat watak yang berkisahkan keluarga dan realiti,” katanya.

Izara berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sesi penggambaran bagi mempromosikan sebuah drama dibawah arahan Erma Fatima yang diadakan di Seri Pentas, Bandar Utama, Kuala Lumpur, pada Selasa lalu.

Menafikan dakwaan sudah berhenti dari dunia lakonan, Izara menjelaskan dia menjadi lebih selektif terutamanya selepas berhijab.

“Saya lebih memilih dan bergantung kepada jalan cerita. Bayaran pun penting juga, terpaksa setimpal sebab saya dah pakai tudung. Jadi lain, adalah beberapa batasan dan permintaan tertentu.

“Saya suka cerita tentang kisah realiti, kisah benar, dan kisah keluarga. Itu yang saya cari sekarang. Cerita cinta saya tolak. Selain itu, saya juga suka watak sampingan, sebab kalau watak utama saya tak tahu macam mana nak bahagikan masa dengan bisnes dan keluarga. Itu yang penting,” katanya.

Artikel Berkaitan: “First Time Tengok Joke Macam Ni” – Gara-Gara Lakon Babak Seperti Di Syurga & Backup Lee Zii Jia, Izara Aishah Dikecam Warganet

Artikel Berkaitan: Izara Aishah Mengaku Seronok Jadi Ibu – ” Walaupun Penat Tapi Saya Bertuah Ada Suami Yang Supportive”

Exit mobile version