Pelakon, penyanyi dan pengacara, Izzue Islam mengaku tidak boleh hidup tanpa kehadiran isterinya, Nurnafilah Waharudin atau dikenali sebagai Awin disisi.
Menerusi perkongsian di TikTok, Izzue Islam menerusi temu bualnya dalam siri podcast memaklumkan, Awin mempunyai personaliti yang sangat istimewa pada pandangan matanya.
Malah, dia tidak dapat menahan sebak memikirkan jika ajalnya sampai terlebih dahulu sebelum isterinya.
“Setiap masa, setiap saat memang aku nak dia dengan aku. Kalau tanya berapa banyak sayang aku kat dia, aku tak boleh nak cakap.
“Tuhan je tahu berapa banyak sayang aku kat dia. Dan seandainya aku pergi dulu tak tahu la sebab benda ni Allah yang susun kan.
“Aku nak ada orang boleh layan macam mana aku layan dia. Aku tak tahu sebab Awin ni dia sangat istimewa, manja, dia ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, aku je boleh buat.
“Jadi kalau aku tak ada, siapa yang nak buat?” katanya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen tersentuh dengan perkongsian tersebut sekaligus menyifatkan Izzue merupakan seorang lelaki yang ‘green flag’.
Bahkan, menganggap Awin seorang isteri dan wanita yang bertuah kerana memiliki seorang suami yang penyayang dan memahami dirinya.




Terdahulu, Izzue pernah memuat naik sepotong video pendek menerusi Instagram miliknya sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-11 beserta kapsyen manis buat isteri tercinta.
“Tak kisah berapa hari, bulan atau tahun kita bersama, awak tetap jadi orang yang pertama saya nak tengok setiap hari,” tulisnya.
Sumber:TikTok