
PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan pertemuan dengan pihak bertanggungjawab dalam masa terdekat bagi menyelaras tindakan bersepadu menangani isu logo kasut keluaran Vern’s Holding Sdn Bhd yang didakwa mirip kalimah Allah.
Pertemuan tersebut membabitkan pihak Jabatan Agama Islam negeri dan pihak berkuasa seperti polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata, komitmen utama jabatan itu adalah menjaga kesucian agama Islam dan maslahat umat Islam.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas terbukti membuat tindakan yang menghina agama Islam,” katanya.
Terdahulu tular satu video berdurasi tiga minit menerusi media…