
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendakwa sebuah jabatan kerajaan gagal membayar tunggakan lebih RM32 juta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk pekerja kontrak dan sementara.
Adnan Mat, presiden badan yang menaungi kesatuan kakitangan awam itu berkata, tunggakan terbabit adalah caruman dari 2013 hingga 2020, berjumlah RM32,151,063.
Beliau menggesa tunggakan itu dibayar segera bagi memastikan penjawat awam layak menerima skim hilang upaya Perkeso, sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.
Sekiranya sumbangan itu tidak dibuat katanya, kakitangan berkenaan akan gagal memenuhi syarat-syarat skim hilang upaya di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
“Sebagai majikan, menjadi tanggungjawab (jabatan kerajaan) untuk memastikan setiap pekerja kontrak dan sementara…