
PETALING JAYA: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas satu produk gula-gula di sebuah premis di Jalan Sungai Dua, Butterworth susulan kematian seorang murid lelaki akibat tercekik makanan tersebut.
Exco Kesihatan dan Sukan, Daniel Gooi Zi Sen berkata sitaan itu dibuat hasil pemeriksaan di gerai-gerai sekitar sekolah selepas siasatan awal mendapati gula-gula terbabit dipercayai dibeli mangsa dari gerai berhampiran kawasan itu.
Beliau berkata jabatan kesihatan negeri sedang melakukan siasatan lanjut berkaitan keselamatan produk makanan itu yang dikenali sebagai ‘Gummy Original Basketball Soft Candy’s’.
“Jabatan Kesihatan Pulau Pinang terus menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan serta mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian…