
PETALING JAYA: Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kenyataan tidak bertanggungjawab ahli akademik kontroversi dari Amerika Syarikat (AS), Bruce Gilley yang mendakwa Malaysia mahukan “Holocaust kedua terhadap orang Yahudi”.
Jabatan itu turut memberi jaminan akan menambah baik proses tapisan membabitkan profesor pelawat.
“Kami amat kesal dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Gilley pada 24 April. Kami memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi dan warga UM,” katanya dalam kenyataan.
“Kami amat memandang berat dan serius terhadap perkara ini dan akan menambah baik proses tapisan, perancangan dan penganjuran program bagi memastikan platform yang diberikan tidak…