
PETALING JAYA: Zahid Hamidi perlu berjiwa besar melepaskan jawatan presiden Umno secara terhormat untuk tidak lagi menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), kata seorang penganalisis politik.
Kartini Aboo daripada Universiti Kebangsaan Malaysia berkata krisis dalaman Umno susulan protes terhadap Zahid, menyebabkan wujud undi sabotaj akar umbi parti itu sehingga memangkah Perikatan Nasional (PN) pada PRN Sabtu lalu.
Keadaan itu menyebabkan PH-BN hanya menang 34 daripada 56 DUN di Selangor, kurang empat untuk mencapai majoriti dua pertiga dan Umno memperoleh dua kerusi.
Di Kedah dan Terengganu wakilnya kalah di semua kerusi manakala dua di Pulau Pinang dan satu di Kelantan. Namun, parti itu cemerlang di Negeri Sembilan dengan menawan 14 DUN.
“Percaturan PH-BN ditolak oleh majoriti orang Melayu. Umno kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya kepada FMT.
Justeru,…