Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Jadi Mangsa Penipuan, Rakan Berhutang: “Lebih Baik Saya Terus Kerja Dari Mengejar Seperti Pengemis” – Zizan Razak

today21 February 2025

Background

Pelakon dan pengacara Zizan Razak mendedahkan bahawa dia mengalami kerugian besar sehingga mencecah jutaan ringgit akibat menjadi mangsa penipuan oleh beberapa pihak termasuklah rakannya sendiri.

Kata Zizan ketika ditemui XTRA, dia mendakwa bahawa ada individu yang menghilangkan diri selepas menerima pinjaman kewangan daripadanya.

“Isu penipuan ini bukan berkaitan dengan perniagaan baju Melayu, tetapi perniagaan yang saya jalankan sebelum ini. Ada yang meminjam wang daripada saya, ada juga yang ingin menjalinkan perniagaan bersama saya.

“Namun, apabila diminta untuk membayar semula, mereka terus menghilangkan diri.

“Jumlahnya agak besar, mencecah jutaan ringgit. Bagi saya, jumlah itu sangat signifikan,” ulasnya.

Zizan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Tayangan Perdana Ramadan Raya Astro 2025 yang berlangsung di The Ground, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Zizan, individu yang gagal membayar hutangnya bukanlah orang asing, tetapi mereka yang dikenali.

“Yang rapat pun ada, yang tidak rapat pun jadi rapat kerana duit. Saya berharap apa yang berlaku bukanlah dengan niat buruk, namun saya tidak tahu apabila telefon tidak dijawab, berbeza dengan perkenalan awal yang disertai dengan ajakan untuk berniaga bersama.

“Saya tetap bertanya, tapi tidak mahu mengemis. Lebih baik saya terus bekerja daripada terpaksa mengejar seperti pengemis, kerana Allah masih memberi rezeki dan peluang,” katanya.

Meskipun begitu, pelantun lagu Chentaku menyerahkan segala urusannya kepada Allah SWT untuk membalas perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Alhamdulillah, saya masih mampu tersenyum. Mungkin ada kesilapan dari pihak saya yang menyebabkan perkara ini terjadi, mungkin juga Allah ingin menguji saya dan mereka.

“Saya yakin orang seperti mereka tidak akan hidup tenang, kalau pun mereka kaya, kehidupan mereka pasti tidak damai. Saya yakin tidur mereka tidak lena,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

 

Terdahulu, Zizan meluahkan rasa kecewa apabila mendedahkan dia telah ditipu melibatkan sejumlah wang yang besar.

Walaupun perkara itu telah lama berlaku namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dan bangkit di tahun 2025.

ARTIKEL BERKAITAN:Zizan Razak Ditipu Libatkan Sejumlah Wang Besar, Mohon Peminat Terus Doakan & Beri Sokongan

Written by: Aqilah


Previous post