
PETALING JAYA: Mengubah DAP Sarawak menjadi parti berasaskan tempatan sepenuhnya tidak menjamin ia akan mendapat sokongan lebih ramai pengundi, kata penganalisis menolak cadangan Wong Soon Koh dari Parti Demokratik Progresif.
James Chin dari Universiti Tasmania berkata, cadangan Wong bukan perkara baharu kerana ramai pernah menyarankan DAP Sarawak berubah atau menjenamakannya sebagai parti berpangkalan di Sarawak bagi meningkatkan sokongan dalam kalangan pengundi tempatan.
Idea di sebaliknya untuk memanfaatkan tahap tinggi nasionalisme Sarawak, tetapi beliau berkata, ada parti yang mencuba kaedah itu dan gagal.
Beliau memberi contoh bekas parti Wong, Parti Sarawak Bersatu dan sebuah lagi parti dikenali Parti Bumi Kenyalang “memainkan nasionalisme Sarawak ini dan ia tidak berhasil”.
“Ramai berpendapat DAP akan mendapat lebih banyak…