
PETALING JAYA: Imigresen Pulau Pinang menahan 15 wanita warga asing disyaki menjadi peneman berhibur dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar, George Town malam tadi.
Pengarahnya, Nur Zulfa Ibrahim berkata mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia, dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
“Mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 antaranya tinggal lebih masa di negara ini, tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, dan menyalahgunakan pas,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, semua wanita terbabit didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas lawatan kerja sementara serta mempunyai pekerjaan lain sebagai tukang cuci pejabat, pembantu restoran, dan pekerja spa.
Menurut Nur Zulfa, mereka dikatakan cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan memberi…