
PETALING JAYA: Seorang pakar perkembangan kanak-kanak dan keluarga menggesa usaha meningkatkan kebolehcapaian dan kebolehpercayaan ‘baby hatch’.
Racheal Kwacz berkata kadar pembuangan bayi yang tinggi di negara ini menunjukkan sama ada ibu yang belum berkahwin itu tidak mengetahui tentang kewujudan ‘baby hatch’ atau tidak yakin sekiranya identiti mereka dirahsiakan.
Beliau, yang mempunyai laman web mempromosikan perkhidmatannya, memberitahu FMT terdapat kurang kesedaran tentang ketersediaan ‘baby hatch’ dan juga ketidakpercayaan terhadapnya.
“Orang ramai bimbang tentang kesan jenayah dan kekurangan kerahsiaan,” katanya. “Jadi, fokus seterusnya adalah untuk menjadikan ia mudah diakses, mudah didekati dan selamat.”
Pada Ogos 2019, kerajaan melancarkan kempen pencegahan pembuangan bayi…