Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jadikan Batu Sungai Sebagai Alas Makanan, Aksi Sekumpulan Pemuda Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

today30 September 2021

Background


Selepas lama ‘terkurung’ di rumah, semestinya ramai yang pergi melancong dan juga ke pusat rekreasi untuk melepaskan stress serta menikmati keindahan alam semulajadi.

Terbaharu, sebuah video TikTok tular di media sosial dimana memaparkan sekumpulan pemuda yang berkelah di kawasan air terjun. Mencuri tumpuan apabila mereka membasuh batu di air terjun tersebut dengan sabun untuk meletakkan makanan.


Tidak meletakkan lapik plastik seperti shellout sebagai alas makanan, mi segera yang dimasak diletakkan begitu sahaja di atas batu sungai yang telah dibasuh dengan sabun.

Hal tersebut telah mendapat perhatian ramai dan para netizen mengatakan mereka terdedah untuk dijangkiti penyakit kencing tikus. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengecam tindakan para pemuda tersebut.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Syamimi


Previous post