KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly hari ini kekal tidak terjejas dan tiada penerbangan dibatalkan disebabkan gangguan perkhidmatan oleh penyedia perkhidmatannya.
Bagaimanapun, katanya isu ini menjejaskan sistem tempahan dan daftar masuk dalam talian Firefly.
“Firefly bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan untuk menyelesaikan isu ini dan memulihkan sistem secepat mungkin,” menurut MAG dalam kenyataan.
Terdapat laporan berita dari seluruh dunia mengenai gangguan perjalanan.