JAFF Market 2025 kembali lagi, kali ini dengan skala lebih besar dan lokasi lebih strategik! Acara selama tiga hari ini akan berlangsung di Jogja Expo Center (JEC), Yogyakarta, dari 29 November hingga 1 Disember.
JAFF Market jadi platform utama untuk menaikkan karya-karya pembikin filem Asia, termasuk Malaysia, ke pentas antarabangsa melalui jaringan pembeli, pelabur, dan rakan industri dari seluruh dunia.
Artikel Berkaitan: ‘Pastikan Kemenangan Itu Diberikan Kepada Filem Ada Kualiti’ – Sharnaaz Ahmad
Artikel Berkaitan: ‘Babah’ Dominasi FFM34, Rangkul Filem Terbaik
Hubungkan pemain industri

Disokong oleh Amar Bank, JAFF Market kini muncul sebagai platform penting yang menghubungkan pemain industri ke ekosistem filem Indonesia, sambil merancakkan kerjasama kreatif serta pembangunan harta intelek IP bertaraf global.
Tahun ini, penyertaan Media Prima sebagai rakan promosi memperkukuh kedudukan Malaysia dalam peta industri serantau, sekali gus membuka akses lebih luas untuk…