Anwar Ibrahim berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin mempunyai nilai akhlak seumpama itu.

PUTRAJAYA: Menjaga akhlak, tidak mengejar kuasa dan kekayaan serta menegur secara berhemah perlu menjadi amalan seseorang pemimpin dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Berucap pada Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana malam ini, beliau berkata sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.
Perdana menteri berkata, beliau meneliti dan menghadam pesanan ulama Sheikh Profesor Yusri Rusydi Al-Hasany yang berpesan bahawa tamadun akan runtuh sekiranya seseorang pemimpin gelojoh kuasa, kejar kekayaan, terlibat rasuah dan berhasad dengki.
Anwar berkata, konsep Malaysia Madani diperkenal bagi membina sebuah tamadun yang mempunyai nilai dan akhlak tinggi serta…