PAPAR: Kolaborasi serta hubungan baik antara pemimpin Umno pusat dan bahagian perlu terus dikekalkan agar parti itu terus kukuh di Sabah, kata Zahid Hamidi.
Presiden Umno itu berkata, tiada mana-mana organisasi mampu bertahan lama sekiranya kolaborasi dan hubungan baik tidak dapat dikekalkan terutama antara pemimpin atasan dan akar umbi.
“Oleh itu, hubungan pemimpin Umno pusat dan bahagian perlu baik untuk memastikan kejayaan pada pilihan raya akan datang.
“Kita mahu Umno sekali lagi menjadi parti tulang belakang kepada kerajaan Malaysia dan Sabah,” kata Zahid, yang juga timbalan perdana menteri.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Umno Papar yang turut dihadiri Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin dan Ketua Umno Papar Jamal Nerubi.
Zahid berkata, pemimpin Umno datang dan pergi, namun pemimpin yang tinggal perlu menebus maruah…