
PETALING JAYA: Lima penguat kuasa antara 12 individu dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat sindiket membawa masuk warga asing secara haram dengan meraih keuntungan lebih RM4 juta, sejak dua tahun lalu.
Penguat kuasa terbabit yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 menjadi tali barut melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata semua ditahan melibatkan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an menerusi Op Pump itu menggunakan modus operandi ‘counter setting’.
Katanya, sindiket bersekongkol dengan penguat kuasa yang sedia menunggu di beberapa kaunter tertentu bagi memudahkan kemasukan warga asing.
“Kumpulan warga asing yang ingin masuk ke negara ini akan menghubungi ejen berkenaan yang menguruskan…