
PETALING JAYA: Persepsi masyarakat bahawa lelaki tidak mungkin mengalami gangguan seksual mengakibatkan kes seumpama itu kurang dilaporkan, kata seorang pakar kaji jenayah.
Shankar Durairaja dari Kolej Unikop berkata, kebanyakan mangsa lelaki takut melaporkan kejadian gangguan seksual, khususnya di tempat kerja kerana bimbang diejek.
“Masyarakat selalunya tidak mendengar keluhan lelaki dalam kes seperti itu, malah mengejek mereka. Sebab inilah lelaki tidak membuat laporan apabila berdepan gangguan seksual,” katanya kepada FMT.
Katanya, lelaki sendiri sukar menerima mereka mengalami gangguan seksual kerana norma masyarakat menetapkan mereka mesti “kuat dan maskulin”.
“Namun, orang ramai perlu menerima bahawa lelaki, sama seperti wanita, turut berdepan gangguan seksual serupa.”
Bulan lalu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,…