
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sedia memberikan lanjutan cuti kepada Timbalan Ketua Menteri II Jagdeep Singh Deo yang ketika ini dalam fasa pemulihan dan berada bawah perhatian doktor.
Chow berkata, pihaknya sedia membincangkan lanjutan buat Jagdeep yang bercuti sejak 22 Julai lepas hingga 5 Ogos ini agar beliau dapat menjalani rawatan sehingga benar-benar sembuh.
“Saya terima makluman dari semasa ke semasa daripada ahli keluarga Jagdeep, beliau dalam fasa pemulihan dan terus menerima perhatian doktor. Mengenai cuti yang akan berakhir selepas 5 Ogos nanti, saya akan bertemu dengan ahli keluarganya esok,” katanya pada sidang media di Komtar.
“Saya pun ada laporkan (situasi Jagdeep) kepada exco yang bermesyuarat semalam. Sekiranya lanjutan cuti…