
PETALING JAYA: Atlet olahraga kebangsaan, Rayzam Shah Wan Sofian, menyambut baik kenaikan semula elaun latihan bagi pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA, yang diumumkan menteri semalam susulan kritikan hebat orang ramai.
Rayzam sebelum ini mempersoalkan kewajaran Majlis Sukan Negara (MSN) memotong elaun bulanan kepada RM800 mulai Januari, mengatakan pemotongan yang terlalu tinggi boleh mendorong atlet bersara awal dan menawarkan hati olahragawan muda.
“Terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan kerana menaikkan elaun,” katanya kepada FMT.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu, mengumumkan elaun pemenang pingat perak naik daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan, dan RM1,000 sebulan bagi pemenang pingat gangsa – berkuatkuasa serta-merta.
Rayzam yang akan beraksi buat…