Site icon Hot FM

Jahil, dangkal ilmu mudahkan kita dihasut, kata PM


Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata ilmu sedikit menyebabkan minda anak muda terperangkap pemikiran kolot dan jumud. (Gambar Bernama)

TANJUNG MALIM: Kejahilan atau kedangkalan ilmu terutama dalam kalangan generasi muda memungkinkan mereka dihasut dengan mudah oleh pihak-pihak tertentu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dengan ilmu yang terhad, individu akan menerima apa sahaja pandangan dibawa oleh pihak-pihak tertentu seterusnya terperangkap dalam pemikiran jumud itu.

“(Bila) Ilmu kita sedikit, orang kata kalau tidak buat ini masuk neraka, kita pun tanya betul ke? Kerana ilmu kita terlalu dangkal, mahu menyoal tambah tak berani, jadi akhirnya kita terperangkap dalam pemikiran kolot dan jumud serta menghukum orang lain secara semberono,” katanya ketika berucap merasmikan Anugerah Buku Negara 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Turut hadir, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Kadir dan Pengerusi Lembaga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version