
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa ‘ayam tebuk’ yang tular di media sosial dan dijual di sebuah pasar raya di Bukit Changgang, Banting tidak mempunyai sijil halal sah.
Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad berkata pengesahan itu diperoleh selepas pihaknya melalui Seksyen Penguatkuasaan Halal bersama Majlis Perbandaran Kuala Langat melakukan pemeriksaan di premis terbabit semalam.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati premis itu melakukan penyalahgunaan logo Halal Malaysia kerana mempamerkannya tanpa memiliki sijil pengesahan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
“Siasatan dan tindakan lanjut dibuat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau…