Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jais siasat aduan Fahmi berucap di ruang solat

today31 July 2023

Background


Fahmi Fadzil didakwa berucap di ruang solat utama sebuah masjid di Rawang.

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor melancarkan siasatan selepas menerima aduan berhubung gambar tular di media sosial berkenaan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama sebuah masjid di Rawang, semalam.

Pengarah Mohd Shahzihan Ahmad berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

“Jais menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Shahzihan mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya berhati-hati ketika berada dalam masjid dan kawasan rumah ibadat itu, bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada perbuatan melanggar titah Sultan Selangor dan ketetapan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Tindakan tegas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Kelab Pantai Timur ‘bernafsu besar’

Kuala Lumpur: Dua kelab dari Pantai Timur iaitu Terengganu FC dan Kelantan United antara pasukan yang berbelanja besar pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) yang akan ditutup tengah malam ini.

today31 July 2023