
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor memutuskan bahawa jajaran cadangan projek Lebuh Raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) memerlukan penambahbaikan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata, laporan penilaian impak sosial (SIA) mendedahkan bahawa hampir 50% aduan diterima daripada penduduk di Petaling Jaya.
Bagaimanapun, katanya, penduduk di Puchong nampak bersetuju dengan projek itu.
“Jadi kita telah buat ketetapan bahawa perlu ada penambahbaikan pada jajaran ini.
“Ini saja keputusan yang kita (kerajaan negeri) buat… dan kita serahkan balik kepada tuan punya iaitu kerajaan persekutuan untuk membuat keputusan seterusnya,” katanya dalam sidang DUN Selangor.
Izham menjawab ADUN Kampung Tunku Lim Yi Wei yang menggesa isu PJD Link dimuktamadkan, dengan mencadangkan ia tidak…
