
KUALA LUMPUR: Pemilik sebidang tanah di Jalan Masjid India yang diduduki sebuah kuil Hindu bersetuju untuk membayar kos pemindahan.
Ketua Bahagian Undang-undang dan Komunikasi Korporat Jakel Trading Sdn Bhd, Aiman Dazuki, memaklumkan bahawa perbincangan dengan pihak jawatankuasa kuil telah berlangsung selama lebih 10 tahun.
“Kita bersedia untuk beri kos pemindahan sebagai sedikit bantuan,” kata Aiman Dazuki pada sidang media di Hotel Concorde.
Aiman berkata perbincangan antara Jakel Trading dan jawatankuasa kuil sejak ia memperoleh tanah itu sekitar 2012 adalah harmoni.
“Tidak ada apa tindakan mahkamah sebab kita percaya untuk selesaikan perkara ini perlu keadaan menang-menang,” tambahnya.
Semalam, satu laman berita melaporkan kuil Hindu itu berdepan ancaman dirobohkan selepas kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur…