Site icon Hot FM

JAKIM Akan Panggil Ustaz Don Beri Penjelasan Isu Status Hadis

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bagi mendapatkan perincian berhubung kontroversi dikaitkan dengan penceramah itu.

Menurut laporan Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pertemuan itu tidak perlu diadakan secara serius, sebaliknya berkonsepkan santai bagi merungkai permasalahan berkenaan.

“Malah mungkin boleh jemput Don Daniyal untuk minum teh secara santai.

“Sebagai umat Islam kita perlu ada sifat tawaduk dan rendah diri untuk menerima dan mengaku sekira melakukan kesilapan tidak kira sebesar mana kesilapan dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Naim turut menasihati para agamawan agar lebih berhati-hati agar asas agama Islam dapat dihayati masyarakat.

“Saya menasihati kepada semua agamawan supaya berhati-hati dalam menyampaikan ceramah. Pastikan terlebih dahulu terutamanya hadis yang disebutkan perlu disemak dan benar-benar sahih,” ujarnya lagi.

Pada Rabu, Ustaz Don direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Baru-baru ini kecoh apabila Don Daniyal mendakwa Baginda Rasulullah SAW pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani’ sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah semasa bersiaran di sebuah stesen radio.

Terdahulu, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) tampil memberikan pencerahan berkenaan status hadis mengenai kisah cinta pertama Rasulullah SAW yang didakwa bahawa Nabi SAW pernah melamar Ummu Hani’ sebanyak tiga kali.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ustaz Don Perjelas Dakwaan Sebar Dakwah Guna Hadis Palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran 

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Soal Status Hadis Riwayat Cinta Pertama Rasulullah SAW, Ini Pencerahan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah Dakwa ‘Ustaz Selebriti’ Kerap Merepek & Baca Hadis Palsu – “Ditegur Tetap Tak Berubah” 

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Filem Mentega Terbang: JAKIM Dapati Terdapat Tentangan Yang Jelas Dengan Akidah & Cara Hidup Islam, Pihak Terlibat Bakal Dipanggil

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice Bengang Filem Mainkan Isu Agama Disiarkan, Minta Kementerian & JAKIM Ambil Tindakan Keras

Sumber: Harian Metro

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Exit mobile version