
LABUAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah, di samping mengingatkan supaya mereka tidak menyamakan status diri dengan selebriti.
Ketua Pengarah Sirajuddin Suhaimee berkata jabatan itu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan majlis agama negeri bagi memantau dakwaan berhubung pendakwah mengenakan caj tinggi bagi aktiviti mereka.
“Kita sedang memantau, kerana kita ada mendengar mengenai dakwaan sebegitu… Pendakwah ini dinasihatkan agar tidak menganggap diri mereka seperti selebriti yang mengaut keuntungan daripada suara mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek wakaf untuk membina Surau Al-Kausar Jabatan Kesihatan Labuan.
Beliau menggesa pendakwah mengenakan bayaran sederhana untuk perkhidmatan mereka bagi menjaga kesucian dakwah dan…